Peribahasa "dimana ada kemahuan,di situ ada jalan"bermaksud jika kita mahu melakukan sesuatu,walaupun sukar sekalipun pekerjaan itu,kita perlu berusaha untuk melaksanakannya. Peribahasa ini sininim dengan peribahasa "hendak seribu daya ,tak nak seribu dalih".Contohnya,jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya unuk mendapatkannya. Peribahasa ini amat sesuai diabadikan dalam kehidupan kita.
Jika kita gagal dalam peperiksaan maka kita perlu berusaha dengan lebih gigih dan tabah untuk mengharungi cabaran. Kegigihan dan ketabahan tidak pernah kenal erti jemu akan membuahkan hasil jua akhirnya. Walaupun kita gagal pada masa yang lalu namun jadikan cabaran itu sebagai penggerak untuk meneroka kejayaan yang lebih gemilang. kita janganlah berputus asa mengahdapi kegagalan itu.
Oleh yang demikian, seseorang yang mahu menebus kegagalan pertamanya tidak akan menoleh ke belakang. Setiap yang berusaha itu pasti akan menempa kejayaan dengan berkat doa dan tawakal kepada Tuhan. Pandai membahagikan masa dengan mengulangkaji pelajaran,membuat kerja rumah dan membuat latihan tambahan. Dengan cara ini kita tidak membazir masa dengan perkara yang tidak ber faedah.
Kesimpulannya peribahasa"di mana ada kemahuan,di situ ada jalan"mampu memberikan kita motivasi untuk mengubah masa depan kita. Kita akan bersemangat untuk terus berusaha untuk berjaya.